Friday 21 September 2012

REFLEKSI PEMBINAAN LAMAN WEB DAN TAPAK PEMBELAJARAN


Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah s.w.t. atas izin dan limpah kurniaNya saya diberi kekuatan membina laman sesawang dan tapak pembelajaran (pengajaran dan pembelajaran) Bahasa Melayu.

Sebagai seorang guru yang telah berkhidmat lebih 20 tahun, inilah pengalaman yang menggembirakan. Saya begitu seronok meneroka laman-laman web pendidikan yang boleh dimanfaatkan kepada murid-murid. Melalui laman sesawang pelbagai perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan. Saya mendapat kemahiran mengendalikan dan mencorakkan laman sesawang ini mengikut kehendak saya sendiri.

Melalui tugasan ini, saya menggalas cabaran bagaimana memperoleh maklumat melalui laman sesawang. Seterusnya saya membina dan memasukkankan bahan-bahan pembelajaran ke dalamnya.  

Membina lama sesawang ini membuat saya teruja. Rasa bangga menguasai diri. Selama ini saya hanya membuka dan melayari laman sesawang orang lain untuk mencari dan menambah maklumat. Mudah-mudahan dengan kemahiran yang terpaksa saya dalami ini (memenuhi tuntutan BMM 3105) ini akan menambah minat saya untuk lebih aktif dalam penulisan dan penerokaan laman sesawang. Saya mengakui tugasan ini menguji kesabaran saya. Ini disebabkan masalah apa yang diharapkan dapat dimuatkan ke dalam laman sesawang saya tidak menjadi. (re-blog)

Terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah yang memberi keyakinan dan semangat untuk tugasan ini. Dengan dorongan beliau, saya bersemangat dan yakin setiap jika berusaha pasti berjaya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang mahir dalam bidang kerana membantu saya tanpa jemu.Akhirnya, dapat juga saya memuat turun bahan-bahan pembelajaran seperti yang dikehendaki.

Mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini diberkati olehNya. Apa jua ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan oleh anak-anak didik hendaknya. Insyaallah.